10 October 2010

BERBICARA TENTANG KASIH & SAYANG

Naluriku & nalurimu...

Jika kita terpandang gambar ini..mungkin dalam hati kita memikirkan bahawa yang kecil itu tgn si anak dan yg besar itu tgn si ibu....sememangnya mmg betul itu semua...tp tahukah kita bahawa kita semua memerlukan kasih sayang. Tanpa kasih syg manusia akan bermasalah.. Negara akan hancur spt berlakunya di tempat saudara kita di sana...Kecian mereka..Namun apakan daya, kita hanya mampu melihat dan terus melihat...Namun kini, kita tidak perlu memandang jauh senario berkasih syg..Di malaysia sendiri, saban hari kita melihat pelbagai kes pembunuhan kejam, tidak kira pembuangan bayi atau sebaliknya. Dari sini kita dapat tahu, dapat nilai bertapa kurangnya nilai kasih sayang dalam diri kita...Kecian bukan..

Alamkah indahnya, jika dalam diri kita penuh dengan nilai kasih sayang..Nescaya, tiadanya pergaduhan, tiadanya pembuangan bayi, tiada pembunuhan..Namun kini, semua ini yang kita kan lalui..yang akan generasi muda lalui..Siapa yang harus dipersalahkan...Tiada jawapan yang perlu dijawap..kerana ini adalah tertanam dalam diri kita sendiri...

Kita berbicara tentang kasih sayang, kasih sayang kita akan polehi dari semua orang...sekiranya kita pasangan kekasih, kita akan dpt dari kekasih kita, jika kita anak, kita akan dapat dari ibu bapa kita dan sebagainya...Namun kita tidak pernah nak hargai nilai kasih syg itu..sampai bila kita akan terus begini...berlaku pergaduhan, pembunuhan, pembuangan bayi yang tidak bersalah...sampai bila...kita hanya mampu beristigfar, kita hanya mampu muhasabahkan diri sekiranya hal ini masih berbicara dan kita terbaca artikel tentang kes-kes ini..

Ramai orang tidak suka tentang pembuangan bayi...jika hal ini terpapar di akhbar dan tv, kita sering kali terdengar sungutan daripada orang tersebut 'kecian kat baby itu', 'klu bagi kat aku pun, aku nak baby ni', dsb...tp jika kita fikirkan kembali...kes ini tidak siapa pun menduga sebenarnya...mangsa, pemangsa dan sesiapa yang terlibat juga tidak menjangka ini berlaku...Memang orang tidak merasa dia akan berkata-kata sesedap rasa...tapi bila hal ini berlaku pada diri sendiri...baru kita mengerti...Oleh itu, tidak salah kita nak berkasih sayang tp biarlah berpada-pada...wahai remaja berpesan-pesanlah kamu sesama sendiri...saya tulis ini bukan kerana saya kesal dengan apa yang telah terjadi namun saya takut hal ini akan terus terjadi dan akan terjadi..,kerana masa depan generasi akan datang adalah berada ditgn generasi muda pada masa sekarang...

31 August 2010

TANGGAL 31 OGOS 2010( PART 2)


yang lak budak khar budak ni..tahu tak buat dari apa.?
botol mineral nim...kreatif budak2 ni....

ni la army kHar,UPSI...busy dorang semalam....

TANGGAL 31 OGOS 2010( PART 1)



MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Genaplah ari nim saya telah menyambut ari kemerdekaan yang ke-53.. Adus ari ni bangun awal la pulak sebab nak cite cerita best kat korang semperna hari kemerdekaan ni....Aku dari tadi lagu duk depan lappy nim...tak tawlah kenapa bangun sahur terus bukak laptop sebab nak menaip cite nimla...tp sebelum aku menaip aku edit2 la dulu blog aku nim....edit2 apa yang patut...biar kaci umm ckit...hahaha....la bukan ini yang aku nak cite kat korang...aku nak cite bende lain la....aku nk cite kenangan aku semalam...mungkin korang rasa mungkin korang dah lena tido kot time nim...hikhik..

Semalam korang nak tahu...semalam genaplah kite sambut merdeka....aku ingat mula-mulanya aku malas nak turun bawah kat hostel nim tapi terlintas kat hati nak turun..Aku turun la dengan best friend akulah kat UPSI ni...sape lagi bukan mak cik syikin....dgn die la aku turun....tu pun sebab kami baru sudah buat sesi jadi boleh la turun dengan die....ajak di hati nak ronda-ronda je kat bawah....sebab kat bawah biasalah kt koleh harun (KHAR, UPSI) ni ada jual-jualan ckit...aku ni dah la xde duit, rabun jugak mata aku nk membeli duit pokai beb...xleh nak beli....jd tak nak kecewakan hati kau yang memberontak nim...aku layan jelah....nak sedapkan hati aku...kau tahu apa aku buat...aku buat2 tak nampak je apa makcik2 kat bawah tu jual....hahahaha....

Korang taw la hati perempuan mana tahan beb tgk pakaian kat bawah...keronsang lagi...adus....mmg tak tahan jadi aku dah la buat nampak barang-barang tu, aku pun bercakap dengan hati kecik aku nim..."xpelah nanti balik kampung aku belilah keronsang, tudung and so on"..hahaha...ayat-ayat utk positifkan hati aku....ok berbalik pada cite yang aku nak kongsi la semperna merdeka nim...

Dalam perjalanan aku dengan mak cik syikin turun tu, aku dah tgk org ramai...aku igtkan orang tolong buat botol2 tu...aku cakap la kat hati kecik akut ni "rajin tol budak2 khar ni turun tolong buat botol tu"...aku pun pergilah dekat2 ckit cuba intai2 apa budak khar nim tgk sampai tak nampak aku lalu...haha..tapi tulah macam mana nak nampak budak2 khar bukan knl pun aku....hahaha. Bile aku dekat2 orang yang ramai tu,rupanya aku tgk ada abg-abg dan akak-akak army kite tgh buat pertunjukkan... apa lagi aku pun lekatlah kat situ...syok jugaklah tgk dorang nim....tak pernah dorang buat show mcm tu kat khar nim..tembak-menembak...nak gugur jantung aku dgrnya...walaupun diorang gune peluru yang tak betul tp takut jugaklah...hahaha..pengecut jugak aku nim ye......tapi apa pun tabik springlah kat budak2 pelapis coz luang masa buat show mcm tu....terima kasih ye budak2 pelapis khar...hehe...baik lak ku nim...anok sapo la nim.....hahaha....

Lain part lak, aku ingat malam kemerdekaan xdelah bunga api...rupa2 ada...manalah tawkan...bulan ramadhan orang pose...maklumlah ...tp aku sedih la tgk budak2 khar nim xde semangat kemerdekaan langsung...kecian kat abg2 n akak2 pelapis tu...dh la coreng2 muke dorang..korang lak tak bagi support....aduss....sedih hati aku....tapi lam sedih aku bangga la sebab tahun kite masih merdeka....sempat juga aku sambut bulan kemerdekaan....dahLAH ni je aku nak kongsi dengan korang...klu pada sapa2 tak sambut merdeka tu mmg rugilah...org ckp la bukan aku ckp >>>>"merdeka diraikan, ramadhan di muliak".....so, tak salahlah nak sambut merdeka dibulan ramadhan asalkan tak terlebih2...orang ganu kbo"dok nebeng"hahahahah....tubik jugak loghat aku....hahha...



SALAH SATU SLOT LDK,PELAJAR BERJAYA
MELETAKKAN 12 BATANG PAKU DI ATAS 1 BATANG PAKU



AKTIVITI ICE-BREAKING
AKTIVITI RIADAH @ SENAMAN
sebilangan peserta yang mengikuti program "KAMI GENERASI HEBAT"
fasilitator yang telah menjayakan program 3 hari 2 mlm kt tg.sepat.

29 August 2010

KENANGAN KETIKA MEMBUAT PROGRAM SMK TG.SEPAT

Cikgu Nasrul tgh bagi sedikit taklimat
kepada kami sebelum memulakan
program kami.







sje je nim...nok wat semak kan blog...haha

26 August 2010

Program 3 hari 2 malam Di SMK TG. Sepat


inilah sekolah yang ku ceritakan.

Kenangan Program

Program 3hari 2 malam di SMK Tg. Sepat merupakan program yang telah diamanahkan oleh lecture kami iaitu Cr.Encik Aziz Bin Yatim, pensyarah Bimbingan dan Kaunseling. Program ini memberi pelbagai kenangan manis dah pahit bagi saya. Salah satu kenangan manis yang tidak boleh saya lupakan ialah kenangan di mana kami terpaksa berusaha sendiri mencari kenderaan untuk ke sekolah tersebut. Di mana, kumpulan saya telah mendapat sebuah van yang agar uzur namun berjaya membawa saya dan ahli kumpulan kami ke sana. Sekolah tersebut mengambil masa selama 4jam lebih dari Tanjung malim ke Tanjung Sepat, Banting.


Dalam perjalanan

Saya merasakan agak lucu kerana van yang kami naiki itu teramat-amat uzur kerana tidak memiliki radio dan penghawa dingin. Semasa perjalanan ke sekolah, hujan turun dgn lebat dan kami terpaksa perlahankan kenderaan kerana van yang kami naiki tiada penghawa dingin. Tetapi saya merasakan agak seronok kerana sebelum ini tiada lagi pengalaman seperti itu. Kami ketawa sesama sendiri ketika berada dalam van sekiranya ada kenderaan berat memotong kami...

18 August 2010

APA ITU KAUNSELING????





DEFINISI KAUNSELING:
>Kaunseling adalah bertujuan untuk membantu seseorang untuk membuat pilihan.
>Seseorang boleh melaksanakan pilihan yang telah dibuat.
>Proses dimana dua orang bertemu untuk meneroka masalah dan mengenalpasti penyelesaiannya.


FAKTOR YANG MENDORONG BERLAKUNYA SESI KAUNSELING:
*Kehadiran dua orang.
*Proses mengarah kepada tindakan oleh klien.
*Kaunselor adalah orang mendengar.
*Klien dipercayai untuk mendapatkan cara penyelesaian tersendiri.
*Pertumbuhan perubahan diri klien lazimnya berlaku.
*Penyelesaian masalah adalah suatu yang diharapkan.

15 August 2010

manusia bermasalah disebabkan lima keperluan asas:

1:kasih sayang (love & belonging)
2:kuasa (power)
3:kebebasan (freedom)
4:Keseronokan (fun)
5:survival

Apa Itu Kasih sAyang



kasih sayang akan muncul apabila seseorang itu menyayangi seseorang dengan hati yang ikhlas..kasih sayang ini dapat dinilai dari segi perlakuan, perbualan dan sebagainya. Kasih sayang ini juga boleh terjadi pada pasangan yang bercinta, ibu bapa, keluarga dan sahabat atau kawan...Adakah kasih sayang amat penting bagi anda?....tepuk dada tanyalah iman anda sendiri....

13 August 2010

AZAMKU TETAP AKAN KU SEMAIKAN...


Hari ini, aku dilahirkan. Aku telah telah dibesarkan dalam sebuah keluarga yang cukup sempurna.aku punyai ayah.aku punyai mak.aku juga punyai kakak dan abang.aKU amat bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana telah kurniakan keluarga yang bahagia walaupun dalam bahagia ada kesedihan yang harus dilalui. aKU adalah aku..aku tetap dengan pendirianku. wALAupun apa pun org kata tentang keluargaku, ibu bapaku dan aku..aku tentang diri aku.orang lain tidak boleh lihat kita bahagia.kita bersuka.manusia akan selalu menunggu kita jatuh dan terus jatuh. Namun begitu, dengan adanya ancaman itulah aku semakin kuat dan kuat mengharungi hidup-hidup yang akan datang.Kini, aku berdiri sendiri dengan sokongan mak, ayah, dan akak serta abang2 aku telah berada di sebuah menara gading. Aku ingatkan bila dah masuk menara gading ancaman daripada masyarakat sudah tiada namun semakin banyak dan banyak. Walaubagaimana pun, aku tetap dengan pendirianku, dengan azamku dan pendirianku aku tabahkan hati mengharungi onak duri di sini. kerana ingin membalas jasa mak, ayah dan family yang lain aku kuatkan lagi semangat aku untuk terus berjaya dan berjaya. Walaupun pelbagai dugaan serta cabaran ku lalui disini. Namun aku tidak mudah putus asa dan aku tidak akan putus asa kerana aku tahu setiap kejayaan yang diperolehi oleh orang yang berjaya bermula daripada kesusahan. Mak, ayah doakanlah kejayaan anakmu disini..

cuma satu azamku jika aku berjaya akan ku balas jasa kedua ibu bapaku,walaupun apa pun terjadi kerana tiada yang lebih penting bagiku hanyalah MEREKA BERDUA..

di sm agama selisik di behrang..


fasilitator tgh berbincang tentang aktiviti akan dijalankan seterusnya...

afiq memberi ceramah kepada peserta

10 August 2010

Rahsia Kejayaan


1. Doa dan Niat
2. Aturkan Sasaran, Cita-cita dan Matlamat
3. Rancangan atau Pelan Tindakan
4. Taat, Yakin dan Cintai Ilmu
5. Usaha yang Berkekalan