26 August 2010

Program 3 hari 2 malam Di SMK TG. Sepat


inilah sekolah yang ku ceritakan.

Kenangan Program

Program 3hari 2 malam di SMK Tg. Sepat merupakan program yang telah diamanahkan oleh lecture kami iaitu Cr.Encik Aziz Bin Yatim, pensyarah Bimbingan dan Kaunseling. Program ini memberi pelbagai kenangan manis dah pahit bagi saya. Salah satu kenangan manis yang tidak boleh saya lupakan ialah kenangan di mana kami terpaksa berusaha sendiri mencari kenderaan untuk ke sekolah tersebut. Di mana, kumpulan saya telah mendapat sebuah van yang agar uzur namun berjaya membawa saya dan ahli kumpulan kami ke sana. Sekolah tersebut mengambil masa selama 4jam lebih dari Tanjung malim ke Tanjung Sepat, Banting.


Dalam perjalanan

Saya merasakan agak lucu kerana van yang kami naiki itu teramat-amat uzur kerana tidak memiliki radio dan penghawa dingin. Semasa perjalanan ke sekolah, hujan turun dgn lebat dan kami terpaksa perlahankan kenderaan kerana van yang kami naiki tiada penghawa dingin. Tetapi saya merasakan agak seronok kerana sebelum ini tiada lagi pengalaman seperti itu. Kami ketawa sesama sendiri ketika berada dalam van sekiranya ada kenderaan berat memotong kami...

No comments:

Post a Comment