"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali."
31 August 2010
29 August 2010
26 August 2010
Program 3 hari 2 malam Di SMK TG. Sepat
Kenangan Program
Program 3hari 2 malam di SMK Tg. Sepat merupakan program yang telah diamanahkan oleh lecture kami iaitu Cr.Encik Aziz Bin Yatim, pensyarah Bimbingan dan Kaunseling. Program ini memberi pelbagai kenangan manis dah pahit bagi saya. Salah satu kenangan manis yang tidak boleh saya lupakan ialah kenangan di mana kami terpaksa berusaha sendiri mencari kenderaan untuk ke sekolah tersebut. Di mana, kumpulan saya telah mendapat sebuah van yang agar uzur namun berjaya membawa saya dan ahli kumpulan kami ke sana. Sekolah tersebut mengambil masa selama 4jam lebih dari Tanjung malim ke Tanjung Sepat, Banting.
Dalam perjalananProgram 3hari 2 malam di SMK Tg. Sepat merupakan program yang telah diamanahkan oleh lecture kami iaitu Cr.Encik Aziz Bin Yatim, pensyarah Bimbingan dan Kaunseling. Program ini memberi pelbagai kenangan manis dah pahit bagi saya. Salah satu kenangan manis yang tidak boleh saya lupakan ialah kenangan di mana kami terpaksa berusaha sendiri mencari kenderaan untuk ke sekolah tersebut. Di mana, kumpulan saya telah mendapat sebuah van yang agar uzur namun berjaya membawa saya dan ahli kumpulan kami ke sana. Sekolah tersebut mengambil masa selama 4jam lebih dari Tanjung malim ke Tanjung Sepat, Banting.
Saya merasakan agak lucu kerana van yang kami naiki itu teramat-amat uzur kerana tidak memiliki radio dan penghawa dingin. Semasa perjalanan ke sekolah, hujan turun dgn lebat dan kami terpaksa perlahankan kenderaan kerana van yang kami naiki tiada penghawa dingin. Tetapi saya merasakan agak seronok kerana sebelum ini tiada lagi pengalaman seperti itu. Kami ketawa sesama sendiri ketika berada dalam van sekiranya ada kenderaan berat memotong kami...
18 August 2010
APA ITU KAUNSELING????


DEFINISI KAUNSELING:
>Kaunseling adalah bertujuan untuk membantu seseorang untuk membuat pilihan.
>Seseorang boleh melaksanakan pilihan yang telah dibuat.
>Proses dimana dua orang bertemu untuk meneroka masalah dan mengenalpasti penyelesaiannya.
FAKTOR YANG MENDORONG BERLAKUNYA SESI KAUNSELING:
*Kehadiran dua orang.
*Proses mengarah kepada tindakan oleh klien.
*Kaunselor adalah orang mendengar.
*Klien dipercayai untuk mendapatkan cara penyelesaian tersendiri.
*Pertumbuhan perubahan diri klien lazimnya berlaku.
*Penyelesaian masalah adalah suatu yang diharapkan.
15 August 2010
Apa Itu Kasih sAyang

kasih sayang akan muncul apabila seseorang itu menyayangi seseorang dengan hati yang ikhlas..kasih sayang ini dapat dinilai dari segi perlakuan, perbualan dan sebagainya. Kasih sayang ini juga boleh terjadi pada pasangan yang bercinta, ibu bapa, keluarga dan sahabat atau kawan...Adakah kasih sayang amat penting bagi anda?....tepuk dada tanyalah iman anda sendiri....
13 August 2010
AZAMKU TETAP AKAN KU SEMAIKAN...
Hari ini, aku dilahirkan. Aku telah telah dibesarkan dalam sebuah keluarga yang cukup sempurna.aku punyai ayah.aku punyai mak.aku juga punyai kakak dan abang.aKU amat bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana telah kurniakan keluarga yang bahagia walaupun dalam bahagia ada kesedihan yang harus dilalui. aKU adalah aku..aku tetap dengan pendirianku. wALAupun apa pun org kata tentang keluargaku, ibu bapaku dan aku..aku tentang diri aku.orang lain tidak boleh lihat kita bahagia.kita bersuka.manusia akan selalu menunggu kita jatuh dan terus jatuh. Namun begitu, dengan adanya ancaman itulah aku semakin kuat dan kuat mengharungi hidup-hidup yang akan datang.Kini, aku berdiri sendiri dengan sokongan mak, ayah, dan akak serta abang2 aku telah berada di sebuah menara gading. Aku ingatkan bila dah masuk menara gading ancaman daripada masyarakat sudah tiada namun semakin banyak dan banyak. Walaubagaimana pun, aku tetap dengan pendirianku, dengan azamku dan pendirianku aku tabahkan hati mengharungi onak duri di sini. kerana ingin membalas jasa mak, ayah dan family yang lain aku kuatkan lagi semangat aku untuk terus berjaya dan berjaya. Walaupun pelbagai dugaan serta cabaran ku lalui disini. Namun aku tidak mudah putus asa dan aku tidak akan putus asa kerana aku tahu setiap kejayaan yang diperolehi oleh orang yang berjaya bermula daripada kesusahan. Mak, ayah doakanlah kejayaan anakmu disini..
cuma satu azamku jika aku berjaya akan ku balas jasa kedua ibu bapaku,walaupun apa pun terjadi kerana tiada yang lebih penting bagiku hanyalah MEREKA BERDUA..
cuma satu azamku jika aku berjaya akan ku balas jasa kedua ibu bapaku,walaupun apa pun terjadi kerana tiada yang lebih penting bagiku hanyalah MEREKA BERDUA..
10 August 2010
Rahsia Kejayaan
1. Doa dan Niat
2. Aturkan Sasaran, Cita-cita dan Matlamat
3. Rancangan atau Pelan Tindakan
4. Taat, Yakin dan Cintai Ilmu
5. Usaha yang Berkekalan
Subscribe to:
Posts (Atom)



